Berita

Bantuan Prihatin Pahang Tahun 1

~MM

TANAH RATA, 29 Mac 2023 - Seramai 64 orang murid Tahun 1 menerima bantuan sebanyak RM100 setiap seorang menerusi Program Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2023, hari ini.

Sumbangan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata, YB Encik Ho Chi Yang, mewakili YAB Menteri Besar Pahang di Dewan Seri Aula Perdana, SK Convent, di sini.

Di majlis tersebut, beliau turut menyampaikan ‘mock cheque’ kepada 24 orang guru besar untuk sumbangan kepada 531 murid Tahun 1 dalam daerah Cameron Highlands.
Menerusi bantuan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri, diharap dapat meringankan bebanan ibubapa bagi memulakan sesi persekolahan.
Turut hadir adalah Penolong Pegawai Daerah Cameron Highlands, Encik Muhammad Shukri Abdul Aziz dan Pegawai Pendidikan Daerah Cameron Highlands, Puan Zairish Zakaria.

 
#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#SayangiCameronHighlands

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 32 kali.


Kembali ke Atas