Berita
Bantuan Prihatin Pahang Sektor Pertanian
TANAH RATA, 8 November 2022 - Kerajaan Pahang telah membelanjakan hampir RM 30 juta untuk diberikan kepada lebih daripada 290,000 orang penerima bagi 4 kluster berbeza secara berperingkat bermula sejak bulan April.
4 kluster tersebut adalah Kluster Pelajar dan Anak Muda, Golongan B40 (Ibu Tunggal dan Pemandu Teksi), Kluster Umum (Penjaja Harian) dan Kluster Apresiasi (Veteran Tentera dan Polis).
Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tuan Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman berkata, inisiatif ini adalah kesinambungan kepada komitmen Kerajaan Pahang bagi membantu rakyat yang terkesan sejak pandemik Covid-19.
“Kerajaan Negeri memberi sokongan kepada rakyat Pahang yang terlibat dalam sektor pertanian kerana mereka inilah yang merancakkan pertanian dan hasil negara”, katanya.
Beliau berucap demikian ketika menyampaikan sumbangan sebanyak RM200 seorang kepada 5 penerima di Majlis Bantuan Prihatin Pahang Kategori Sektor Pertanian di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands.
#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#BantuanPrihatinPahang
#SayangiCameronHighlands
Kembali ke Atas