Berita
Asnaf Disantuni, Ramadhan Diberkati
TANAH RATA, 25 Mei 2019 - Sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, Yayasan Pahang dan Majlis Ugama Islam Pahang mengambil peluang menyampaikan sumbangan biasiswa dan zakat. Seramai 60 orang penerima layak menerima sumbangan tersebut yang terdiri daripada golongan asnaf, warga emas, pelajar sekolah dan ibu tunggal.
Sumbangan hamper berupa barang keperluan dapur seperti beras, gula, tepung selain duit raya kepada para penerima bantuan yang rata-ratanya melahirkan rasa syukur kerana sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam persiapan menyambut Syawal.
Ahli Parlimen Cameron Highlands, YB Ramli Mohd Nor yang turut sama merasmikan majlis tersebut mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yayasan Pahang bersama Majlis Ugama Islam Pahang yang sering mengambil berat kebajikan masyarakat setempat khususnya di Cameron Highlands.
Kembali ke Atas