Berita

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021

~MM

TANAH RATA, 9 April 2021 - Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands bersama Majlis Daerah Cameron Highlands telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021 bagi menghargai komitmen dan dedikasi perkhidmatan cemerlang para pegawai dalam tahun 2020. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail di Hotel Heritage.

Seramai 8 orang penerima dari Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands manakala 10 orang penerima dari Majlis Daerah Cameron Highands. Semoga dengan pengiktirafan ini menyuntik lagi semangat warga kerja kedua jabatan ini untuk terus lebih cemerlang hingga ke akhir perkhidmatan.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Dr Sallehuddin Ishak, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato' Zakaria Ibrahim.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 12 kali.


Kembali ke Atas