Berita

43 mahasiswa terima BPP

~MM

TANAH RATA, 29 September 2022 - Seramai 43 mahasiswa dari Cameron Highlands yang mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menerima Bantuan Prihatin Pahang 2022 sumbangan kerajaan negeri, hari ini.

Sumbangan one-off RM200 seorang yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tn Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman.

Kerajaan Pahang mengambil berat dan komited terhadap perkembangan pendidikan anak watan Pahang sejajar hasrat untuk melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri dan sahsiah tinggi, sekali gus mampu menyumbang kembali kepada kemajuan serta pembangunan negeri Pahang.

Semoga pemberian sumbangan ini dapat meringankan dan membantu menampung kos perbelanjaan mahasiswa di kampus.

Turut hadir Pengurus Unit Capaian Ekonomi (Operasi) Yayasan Pahang, Encik Zakari Shahbudin serta Pengerusi Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP), Encik Wan Mohd Azam Dato' Sri Hj Wan Rosdy.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 119 kali.


Kembali ke Atas