Berita
1000 Peserta Meriahkan Fit Forever
TANAH RATA, 9 November 2022 - Program Fit Forever yang diilhamkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi dilaksanakan di seluruh daerah di Malaysia bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia tanpa mengira lapisan umur untuk menjaga kesihatan dan mengamalkan cara hidup sihat.
Matlamat satu “Gerakan Untuk Semua” (Sports For All Movement) sebagai satu dorongan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Bersukan (Sporting Nation).
Penolong Pegawai Daerah, En Ismail Abu Bakar dalam ucapan perasmiannya menyatakan pelbagai aktiviti dan program kesukanan dirangka oleh Kerajaan bagi mengalakkan Malaysia bergiat aktif dalam sukan dan riadah.
“Semoga kita di Cameron Highlands dapat menyahut seruan Kerajaan serta mengambil peluang dengan menyertai program sukan dan rekreasi yang dianjurkan oleh agensi kerajaan, swasta mahupun badan NGO”, ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika mewakili Pegawai Daerah Cameron Highlands di Program Fit Forever Peringkat Daerah Cameron Highlands di Padang Awam Majlis Daerah Cameron Highlands.
Program turut diserikan dengan pelbagai acara seperti senamrobik perdana, fitness challenge, shootout bola jaring, pertandingan sepakan penalti dan free style challenge.
Sambutan meriah dan gilang-gemilang dengan kehadiran 1000 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah, penjawat awam, swasta dan NGO serta penduduk setempat.
Acara kemuncak program adalah pelepasan fun run sejauh 4 km bagi kategori bawah 12 tahun lelaki dan perempuan, bawah 15 tahun lelaki dan perempuan serta terbuka lelaki dan perempuan.
#fitforever
#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#SayangiCameronHighlands
Kembali ke Atas