Berita

100 juta pokok @ Pahang

~MM

CAMERON HIGHLANDS, 31 Disember 2020 - Kerajaan Pahang menyasarkan kutipan hasil hutan di negeri ini dapat ditingkatkan kepada RM160 juta pada tahun ini. Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rodsy Wan Ismail berkata bagi tahun 2020, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah berjaya mengutip hasil sebanyak RM137.6 juta.

"Saya difahamkan jumlah kutipan ini adalah yang tertinggi pernah dicapai dalam tempoh 20 tahun".

"Saya tidak menyangka biar pun ketika wabak pandemik COVID-19 sedang melanda kini, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang mampu meningkatkan kutipan hasil", katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Peringkat Negeri Pahang di Lembah Bertam, di sini.

Turut hadir YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Dr. Salehuddin Ishak; barisan exco Negeri Pahang; YB. Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar; YB. Penasihat Undang-undang Negeri Pahang, Dato’ Sri Shamsulbahri Ibrahim; Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, YH. Dato’ Dr. Mohd Hizamri Mohd Yasin; Ahli Perlimen Cameron Highland, YB Tuan Ramli Dato’ Mohd Nor; dan Pegawai Daerah Cameron Highlands, YH Dato’ Ishak Nafis.

Beliau berkata Kerajaan Pahang juga memberikan komitmen dalam memastikan sumber asli di negeri ini kekal terpelihara demi kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata setakat 29 Disember lepas, sebanyak 1,661 anak pokok dari jenis Melembu, Mempening, Kelat Pucuk Merah, Keladan dan Merawan Siput Jantan telah ditanam di kawasan seluas 4.03 hektar. Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok merupakan inisiatif Kementerian Tenaga dan Sumber Asli yang dilaksanakan selama lima tahun bermula 2021 hingga 2025. 

Sumber : PAHANGMEDIA

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 62 kali.


Kembali ke Atas