Arkib Berita

Petugas barisan hadapan terus dihargai

Petugas barisan hadapan terus dihargai

TANAH RATA, 21 April 2020 - Petugas barisan hadapan yang bekerja keras dalam menangani penularan wabak COVID-19 terus dihargai dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands pagi tadi.
Kaunter Jom Bayar Cukai di Kea Farm

Kaunter Jom Bayar Cukai di Kea Farm

KEA FARM, 11 Mac 2020 - Cukai tanah ialah bayaran yang dikenakan setiap tahun sebagai cukai ke atas tanah yang diberimilikan. Membayar cukai tanah adalah tanggungjawab pemilik tanah. Sehubungan itu, Unit Hasil, Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands mengambil inisiatif dengan telah turun padang bagi memudahkan orang awam membayar cukai tanah masing-masing.
Cameron Night Run 2020

Cameron Night Run 2020

​TANAH RATA, 20 Februari 2020 - Penganjuran edisi kedua CAMRUN disambut meriah dengan kehadiran pelari-pelari yang mengambil bahagian dalam larian sejauh 5KM, 10KM dan 21KM atau half marathon. Uniknya edisi kali ini diadakan pada 20 Februari 2020 atau 20-02-2020. Acara ini bermula jam 12 tengah malam di mana para pelari merasai kesejukan angin malam dari Tanah Tinggi Cameron.
1,500 pokok ditanam dalam proses pemulihan Sungai Ichat

1,500 pokok ditanam dalam proses pemulihan Sungai Ichat

​SUNGAI ICHAT, 16 Februari 2020 - Seramai 300 orang terdiri daripada kakitangan kerajaan persekutuan dan negeri, ahli-ahli persatuan badan uniform serta para pelajar daripada sekolah sekitar daerah Cameron Highlands hadir bagi menanam lebih 1,500 anak pokok di sekitar 3 hektar kawasan Hutan Simpan Sungai Ichat, Kuala Terla.
Program Engagement Bersama Pekebun

Program Engagement Bersama Pekebun

TANAH RATA, 13 Februari 2020 - Program Engagement bersama pekebun-pekebun di Lembah Bertam telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna, Lembah Bertam dengan kehadiran seramai 100 orang pekebun di kawasan tersebut. Program ini dilaksanakan bagi memenuhi hasrat kerajaan dalam menjayakan misi untuk kelestarian Cameron Highlands melalui program-program berbentuk Jiwa Murni.
Taklimat Pindaan Cukai Tanah (PCT) Daerah Cameron Highlands

Taklimat Pindaan Cukai Tanah (PCT) Daerah Cameron Highlands

TANAH RATA, 17 Januari 2020 - Taklimat Perlaksanaan Semakan Kadar Cukai Tanah bagi daerah Cameron Highlands telah berlangsung pada pagi tadi bertempat di Dewan SMK Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata. Program ini turut diadakan secara serentak melibatkan semua daerah dalam Negeri Pahang telah dihadiri oleh pekebun-pekebun, wakil dari jawatankuasa penduduk serta pemimpin masyarakat.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 610 kali.


Kembali ke Atas