Berita

Majlis Konvokesyen Pertama Program Profesional Pentadbiran Awam Negeri Pahang
25 Apr 2022
Sekalung tahniah diucapkan kepada Encik Fairuz bin Mazlan selaku Penolong Pegawai Tanah di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands atas kejayaan memperoleh Sijil Profesional semasa Majlis Konvokesyen Pertama Program Profesional Pentadbiran Awam Negeri Pahang yang disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail di Auditorium Tunku Canselor, UniPSAS.

Lawatan Tertutup KDYMM Pemangku Raja Pahang ke PDT Cameron Highlands
25 Mar 2022
TANAH RATA, 25 Mac 2022 - Menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdulllah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat ke Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands pada 25 Mac 2022 (Jumaat) bersamaan 22 Sya’ban 1443 Hijrah.

Program Kutipan Luar Cukai Tanah
25 Mar 2022
RINGLET, 24 Mac 2022 - Program Kutipan Luar Cukai Tanah telah diadakan pada 24 Mac 2022 bertempat di bandar Ringlet yang melibatkan sebanyak 616 hakmilik. Kaunter ini dibuka pada jam 10.00 pagi sehingga 4.30 petang. Untuk urusan pembayaran, anda boleh membawa bil yang telah dipos kepada anda, membawa bil yang lama, ataupun semak melalui penama geran tersebut. Pembayaran boleh dibuat secara tunai dan cek syarikat sahaja.

Pahang Hiking Day 2022
20 Mar 2022
TANAH RATA, 20 Mac 2022 - Pahang Hiking Day Tahun 2022 yang dianjurkan oleh Tourism Pahang dengan usaha sama Kerajaan Negeri Pahang

Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Pahang Bersama-sama YAB Menteri Besar Pahang
08 Feb 2022
TANAH RATA, 8 Februari 2022 - Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands bersama-sama menonton siaran langsung Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Pahang Bersama-sama YAB Menteri Besar Pahang pada pagi ini melalui FB Kerajaan Negeri Pahang di Bilik Gerakan Daerah Cameron Highlands.

Penambahbaikan Pelan Pengurusan Risiko Cerun Cameron Highlands
31 Dec 2021
KUALA LUMPUR, 30 Disember 2021 - Jawatankuasa Tindakan Daerah (JKTD) Cameron Highlands (CH) mengadakan sesi libat urus (SLU) dengan Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC), Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 6035 kali.
Kembali ke Atas