Pengumuman
Warta Pindaan Kadar Fi Negeri Pahang
Dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pahang telah bersetuju untuk meluluskan Pindaan Fi Kaedah-Kaedah Tanah Pahang (KTP) 1992 yang telah berkuat kuasa mulai 01 Disember 2020.
Antara fi yang telah dipinda termasuklah fi bagi permohonan pemberimilikan tanah Kerajaan, urusan pendaftaran urusniaga dan bukan urusniaga yang terdiri daripada pendaftaran pindah milik, gadaian dan pajakan serta lain-lain permohonan.
Pindaan fi ini adalah berpatutan berdasarkan permintaan perkhidmatan dan keperluan proses kerja pada masa sekarang.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 227 kali.
Kembali ke Atas