Pengumuman

Polisi Keselamatan Siber Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang Versi 2.3

03/03/2022

Polisi Keselamatan Siber Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang Versi 2.3

Dasar Keselamatan ICT Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Versi 1.0 telah dibangun dan dikuatkuasa pada 15 September 2009 sebagai langkah bagi menjamin keselamatan ICT Kerajaan Negeri secara menyeluruh daripada ancaman-ancaman pencerobohan dan seterusnya melindungi aset ICT Kerajaan Negeri. Dokumen tersebut telah sentiasa dikemaskini sehingga kepada Versi 2.2 dan dikuatkuasa pada 15 Julai 2020 bagi memastikan kawalan keselamatan ICT yang lebih menyeluruh dan selamat. Seterusnya dokumen ini telah dijenamakan semula kepada Polisi Keselamatan Siber Versi 2.2 selaras dengan dokumen Rangka Kerja Keselamatan Siber Sektor Awam (RAKKSSA) Versi 1.0 oleh MAMPU.

Selaras dengan penguatkuasaan ISMS Versi 2013 ISO/IEC 27001:2013, Polisi Keselamatan Siber Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang telah dikemaskini kepada Versi 2.3 setelah dibuat kajian semula. Dokumen ini telah diluluskan pada 23 Februari 2022 oleh YB Setiausaha Kerajaan Pahang dan boleh dimuat turun di  pautan berikut :

/files/download/download/Polisi_Keselamatan_Siber_PSUK V2.3-23022022.pdf



Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 38 kali.


Kembali ke Atas