Tapak Perkhemahan Sungai Pauh

Tapak Perkhemahan Sungai Pauh

Tapak Perkhemahan Sungai Pauh terletak di dalam kawasan Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands iaitu 2 km daripada Pekan Tanah Rata dan bersebelahan dengan Kampung Taman Sedia.

Kawasan perkhemahan ini amat sesuai untuk aktiviti perkhemahan dan sering menerima kunjungan daripada pelajar-pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi mahupun pengembara. Selain itu juga, pelbagai kemudahan turut disediakan di kawasan ini seperti tapak perkhemahan, surau, tandas, pondok BBQ dan pondok untuk berehat.  Malah kawasan ini dapat menghubungkan jaringan trek hutan untuk ke Hutan Lipur Parit Fall dan Gunung Berembun.





Tarikh Kemaskini: 13/11/2018 10:55:55

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 30 kali.


Kembali ke Atas