Berita

Flag off konvoi ride santai

Flag off konvoi ride santai

​TANAH RATA, 16 September 2020 - Majlis Pelepasan (Flag Off) peserta konvoi Program Ride Santai peringkat daerah Cameron Highlands telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Cameron Highlands, Dato' Hj Ishak Md Napis pagi ini. Program dianjurkan oleh Pegawai Daerah dan Tanah Cameron Highlands dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands (PEDATA Titiwangsa) sempena Hari Malaysia.
Majlis Pecah Tanah Rumah Rakyat Pahang

Majlis Pecah Tanah Rumah Rakyat Pahang

KAMPUNG MENSON, 14 September 2020 - Majlis Pecah Tanah Rumah Rakyat Pahang (RRP) telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Cameron Highlands, YB Ramli Mohd Noor pada pagi ini bertempat di Kampung Pos Menson, Cameron Highlands. Sebanyak tiga buah rumah akan dibina bertempat di Kampung Menson, Kampung Kuala Boh dan Kampung Terakit sementara peruntukkan disalurkan daripada Kerajaan Negeri Pahang.
MB hadiri Majlis APC

MB hadiri Majlis APC

​TANAH RATA, 8 September 2020 - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2020 pastinya menjadi lipatan sejarah untuk Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands apabila dihadiri oleh YAB Menteri Besar Pahang dan barisan Exco Negeri Pahang. Majlis tersebut meraikan 10 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang telah menjalankan tugasan dengan baik dan menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang tahun 2019 yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Sultan Ahmad Shah.
Sambutan Hari Kebangsaan luar dari kebiasaan

Sambutan Hari Kebangsaan luar dari kebiasaan

​TANAH RATA, 31 Ogos 2020 - Buat pertama kali kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan, yang sinonim dengan rakyat Malaysia berhimpun di dataran mahupun padang, akan hanya dapat dirasai melalui tontonan di media sosial. Biarpun kemeriahan sambutan secara berasingan, ianya bertujuan mengurangkan perhimpunan ramai selain memastikan tatacara operasi piawai (SOP) pencegahan pandemik Covid-19 dipatuhi.
Lawatan kerja ke Pusat Pengumpulan Sayur Cameron Highlands

Lawatan kerja ke Pusat Pengumpulan Sayur Cameron Highlands

KAMPUNG RAJA, 8 Ogos 2020 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turun padang melawat ke Pusat Pengumpulan Sayur Cameron Highlands. Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam bersama 20 orang ahli rombongan meluangkan masa lebih kurang dua jam meninjau operasi pengumpulan sayuran di Cameron Highlands.
Kunjungan daripada Pengarah PTG Pahang

Kunjungan daripada Pengarah PTG Pahang

​TANAH RATA, 7 Ogos 2020 - Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands menerima kunjungan daripada Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Pahang bersama Kumpulan Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah) seluruh negeri Pahang petang tadi. Taklimat penerangan disampaikan oleh Dato' Hj Ishak Md Napis, Pegawai Daerah Cameron Highlands.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 421 kali.


Kembali ke Atas