Berita

Bertugas di Aidilfitri demi negara

Bertugas di Aidilfitri demi negara

RINGLET, 24 Mei 2020 - Demi negara, sebahagian besar petugas barisan hadapan perlu bertugas pada 1 Syawal atau Hari Raya Pertama Aidilfitri. Pastinya suasana norma baharu ini menciptakan suatu kelainan kepada semua umat Islam ketika seluruh dunia sedang memerangi penularan wabak Covid-19.
Salam Nuzul Al-Quran 1441H

Salam Nuzul Al-Quran 1441H

‚ÄčTANAH RATA, 10 Mei 2020 - Seluruh warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands mengucapkan Salam Nuzul Quran buat semua umat Islam di Malaysia. Marilah kita sama-sama menghayati dan mengambil iktibar dari peristiwa Nuzul Al-Quran ini.
Ekonomi Cameron Highlands dibuka semula

Ekonomi Cameron Highlands dibuka semula

TANAH RATA, 9 Mei 2020 - Semalam Kerajaan Negeri Pahang telah bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang menekankan kepada aspek penguatkuasaan termasuk membabitkan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dilaksanakan.
Arahan 'Work From Home' dilaksanakan

Arahan 'Work From Home' dilaksanakan

TANAH RATA, 22 April 2020 - Arahan pelaksanaan 'Work From Home' diamalkankan di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands. Hari ini Dato' Pegawai Daerah Cameron Highlands mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan Bil 1/2020.
Petugas barisan hadapan terus dihargai

Petugas barisan hadapan terus dihargai

TANAH RATA, 21 April 2020 - Petugas barisan hadapan yang bekerja keras dalam menangani penularan wabak COVID-19 terus dihargai dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands pagi tadi.
Kaunter Jom Bayar Cukai di Kea Farm

Kaunter Jom Bayar Cukai di Kea Farm

KEA FARM, 11 Mac 2020 - Cukai tanah ialah bayaran yang dikenakan setiap tahun sebagai cukai ke atas tanah yang diberimilikan. Membayar cukai tanah adalah tanggungjawab pemilik tanah. Sehubungan itu, Unit Hasil, Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands mengambil inisiatif dengan telah turun padang bagi memudahkan orang awam membayar cukai tanah masing-masing.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 285 kali.


Kembali ke Atas