Berita

Walkabout MB bersama masyarakat Cameron Highlands

~MM

TANAH RATA, 10 Mac 2019 - YAB Dato' Sri Wan Rosdy pagi ini sempat meluangkan masa ke program walkabout bersama masyarakat di sekitar Tanah Rata. Terdahulu beliau melawat ke Pasar Tani Tanah Rata untuk meninjau masyarakat setempat membeli di pasar pagi tersebut.

Selepas meluangkan masa di pasar tani, beliau berangkat ke Bharat Tea dan Agro Island, Sungai Bisik bagi menikmati minum pagi dan melihat kawasan penanaman strawberi yang diusahakan oleh penduduk di sini.

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mendekati Menteri Besar dengan lebih dekat sambil mengambil gambar sebagai kenangan di Cameron Highlands. Turut bersama beliau ialah Mantan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Najib Tun Razak, Pegawai Daerah Cameron Highlands, Dato' Ishak Md Napis dan Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands, Dato' Zainal Abidin Md Amin.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 36 kali.


Kembali ke Atas