Berita

Tanam Pokok My Beautiful Cameron Highlands

~MM

HUTAN SIMPAN MENTIGI, 26 Jun 2019 - Untuk menikmati sebuah kehidupan yang sejahtera, alam sekitar merupakan antara elemen penting yang harus dititikberatkan. Walaubagaimanapun masayarakat perlu bersatu padu dalam melestarikan alam sekitar supaya sentiasa bersih dan selamat. Bagi memastikan alam sentiasa terpelihara, Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands dengan kerjasama Pejabat Hutan Cameron Highlands mengambil inisiatif dalam Program Menanam Pokok My Beautiful Cameron Highlands.

Lebih kurang 200 buah pokok telah ditanam di kawasan Hutan Simpan Mentigi yang berkeluasan 0.5 hektar. Antara pokok yang ditanam adalah cupresses, damak wangi yang disumbangkan oleh Pejabat Hutan Pahang Barat. Seramai 160 orang telah menjayakan program menghijaukan kawasan sekitar yang telah dihadiri oleh ketua-ketua jabatan bersama warga kerja dan pelajar-pelajar sekolah di sekitar Cameron Highlands. Secara tidak langsung, program ini dapat memberi pendedahan dan kesedaran kepada golongan muda khusunya pelajar sekolah mengenai kepentingan menjada kebersihan dan kehijauan alam sekitar.

Program My Beautiful Cameron Highlands telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pegawai Tanah, En Mohd Zukri Sidek. Turut sama menjayakan program ini, Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands, Dato' Zainal Abidin Md Amin. 


Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 17 kali.


Kembali ke Atas