Berita

Taklimat Pindaan Cukai Tanah (PCT) Daerah Cameron Highlands

~MM

TANAH RATA, 17 Januari 2020 - Taklimat Perlaksanaan Semakan Kadar Cukai Tanah bagi daerah Cameron Highlands telah berlangsung pada pagi tadi bertempat di Dewan SMK Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata. Program ini turut diadakan secara serentak melibatkan semua daerah dalam Negeri Pahang telah dihadiri oleh pekebun-pekebun, wakil dari jawatankuasa penduduk serta pemimpin masyarakat.

Dato' Ishak Md Napis, Pegawai Daerah Cameron Highlands dalam ucaptamanya memaklumkan melalui Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang telah bersetuju meluluskan cadangan semakan cukai tanah di bawah Seksyen 101 Kanun Tanah Negara (KTN). Pelaksanaan kadar cukai tanah yang baru telah dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2020 yang melibatkan hakmilik tanah kategori pertanian, bangunan serta industri.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 41 kali.


Kembali ke Atas