Berita

Sambutan Hari Kebangsaan luar dari kebiasaan

~MM

TANAH RATA, 31 Ogos 2020 -  Buat pertama kali kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan, yang sinonim dengan rakyat Malaysia berhimpun di dataran mahupun padang, akan hanya dapat dirasai melalui tontonan di media sosial. Biarpun kemeriahan sambutan  secara berasingan bagi setiap kontinjen, ianya bertujuan mengurangkan perhimpunan ramai selain memastikan tatacara operasi piawai (SOP) pencegahan pandemik Covid-19 dipatuhi, yang pasti ia adalah usaha luar biasa untuk meraikan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-63.

Hikmah dalam keterbatasan sambutan akibat Covid-19 ini juga jelasnya membuktikan rakyat Malaysia tetap utuh mempertahankan kedaulatan dan perpaduan negara. Sambutan dalam suasana terhad ini membuktikan semangat ‘meraikan’ Hari Kebangsaan itu masih utuh. Sudah pasti, konteks sambutan kali ini sedikit berbeza memandangkan kita sedang berjuang ‘memerdekakan’ negara dari pandemik Covid-19. 

Sambutan tahun ini diadakan di Dewan Puncak Arabella,Tanah Rata dan dihadiri lebih kurang 80 orang peserta yang melibatkan ketua-ketua jabatan daerah serta wakil pemimpin masyarakat setempat.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 6 kali.


Kembali ke Atas