Berita

Petugas barisan hadapan terus dihargai

~MM

TANAH RATA, 21 April 2020 - Petugas barisan hadapan yang bekerja keras dalam menangani penularan wabak COVID-19 terus dihargai dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands pagi tadi. 

Seramai 423 orang penerima yang melibatkan semua jabatan daerah iaitu Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands, Majlis Daerah Cameron Highlands, Angkatan Pertahanan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Turut sama RELA, Pejabat Penerangan Daerah Cameron Highlands, ATM, Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, JAKOA, PGA, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, MUIP, PAIP, Pejabat Agama Islam Daerah dan Jabatan Kerja Raya Daerah Cameron Highlands.

Sumbangan telah disampaikan oleh wakil Ahli Parlimen Cameron Highlands.


Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 20 kali.


Kembali ke Atas