Berita

Perarakan PEDATA-BAKA tingkat semangat patriotik

~MM

TANAH RATA, 14 September 2018 - Program Perarakan Patriotik PEDATA - BAKA sempena menyambut Hari Malaysia boleh dijadikan platform kepada penjawat awam dalam meningkatkan semangat patriotik kepada negara. 

Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands, Dato' Zainal Abidin Md Amin berkata, perarakan tersebut merupakan cetusan idea Pegawai Daerah Cameron Highlands, Dato' Ishak Md Napis  yang mengabungkan PEDATA (Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands) bersama BAKA (Kelab Kebajikan dan Sukan Majlis Daerah Cameron Highlands) sempena memeriahkan program sambutan Hari Malaysia 2018.

"Ia memberi peluang kepada kakitangan bagi meraikan sambutan Hari Malaysia secara kerjasama dua jabatan kerajaan di Cameron Highlands," katanya semasa penutupan program tersebut.

Perarakan patriotik membabitkan kakitangan kedua-dua jabatan berarak di sekitar Tanah Rata dan disusuli selepas itu dengan acara sukan tradisional seperti batu seremban, congkak serta sepak raga. Selain terus memperjuangkan permainan tradisional, program ini turut memberi ruang dan peluang kepada masyarakat khususnya golongan muda merasai kembali keseronokan bermain permainan tradisional. Secara tidak langsung program ini dapat memartabatkan kembali permainan tradisional kepada masyarakat di Cameron Highlands.



Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 57 kali.


Kembali ke Atas