Berita

Pembudayaan produktiviti dan inovasi melalui digitalisasi

~MM

TANAH RATA, 4 Mac 2021 - Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Wilayah Pantai Timur dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang menganjurkan sesi webinar bertajuk Seminar Peningkatan Penyampaian Perkhidmatan Awam Negeri Pahang dan Pelancaran Pahang Produktif. 

Objektif seminar ini adalah untuk meningkatkan dan memperkasakan pembudayaan produktiviti dan inovasi melalui digitalisasi dalam penyampaian perkhidmatan. Selain itu, dapat menerangkan inisiatif berkaitan digitalisasi Kerajaan yang dilaksanakan oleh perkhidmatan awam Pahang dan Persekutuan bagi membantu meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dengan lebih cekap dan berkesan seterusnya meningkatkan kefahaman berkaitan reformasi peraturan dalam penyampaian perkhidmatan sektor awam Negeri Pahang.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 10 kali.


Kembali ke Atas