Berita

MB hadiri Majlis APC

~MM

TANAH RATA, 8 September 2020 - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2020 pastinya menjadi lipatan sejarah untuk Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands apabila dihadiri oleh YAB Menteri Besar Pahang dan barisan Exco Negeri Pahang. Majlis tersebut meraikan 10 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang telah menjalankan tugasan dengan baik dan menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang tahun 2019 yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Sultan Ahmad Shah.

Dalam masa yang sama, majlis tersebut turut meraikan 5 orang kakitangan yang telah dan bakal bersara pada tahun 2020. Tidak ketinggalan majlis meraikan sama 15 orang kakitangan yang telah berkhidmat melebihi 25 tahun dalam perkhidmatan awam. 

Program yang diadakan bersekali dengan Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Pahang bersama penduduk setempat di daerah Cameron Highlands turut dihadiri pemimpin setempat, ketua-ketua jabatan Negeri dan daerah serta penduduk tempatan. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 19 kali.


Kembali ke Atas