Berita

Majlis Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) 2020 Yayasan Pahang Bagi Dun Tanah Rata

Hizami

TANAH RATA, 20 Disember 2019 - Penyerahan biasiswa sekolah rendah (BSR) 2020 Yayasan Pahang bagi DUN Tanah Rata disempurnakan oleh YB Ahli Parlimen Cameron Highlands, Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Pahang. Seramai 113 orang pelajar daripada 18 buah sekolah rendah di sekitar DUN Tanah Rata telah menerima biasiswa sebanyak RM300.00, sumbangan daripada Yayasan Pahang dan rm100.00 daripada Kerajaan Negeri Pahang. Majlis ini juga turut disertai oleh En Mohd Zaidi bin Awang wakil Pejabat Daerah dan juga wakil-wakil yang turut hadir.   

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 32 kali.


Kembali ke Atas