Berita

Kembara Ramadan Temenggung ke Cameron Highlands

~MM

BRINCHANG, 26 Mei 2018 - Kembara Ramadan Temenggong merupakan program yang disertai oleh putera bongsu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahd Mua’adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang meneruskan kembaranya ke daerah Cameron Highlands. Menerusi program ini memberi peluang kepada YAM Tengku Fahd menyantuni asnaf dengan menghulurkan sumbangan bantuan kepada golongan yang memerlukan di seluruh Pahang.

Majlis yang berlangsung di Masjid Kayangan Brinchang disempurnakan pengurniaan sumbangan oleh YAM Tengku Fahd. Mereka menerima barangan keperluan makanan berserta wang tunai sumbangan dari Sultan Ahmad Shah Environment Trust dan juga Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

Hadir sama, YM Tengku Dato’ Indera Aidy Ahmad Shah bin YAM Tengku Besar Pahang Tengku Kamil Ismail.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 61 kali.


Kembali ke Atas