Berita

Internet, liputan telekomunikasi dipertingkat

~MM

TANAH RATA, 27 Oktober 2020 - Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah Cameron Highlands hari ini turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Dato' Fakhruddin Ariff dalam membentangkan penambahbaikan liputan telekomunikasi dan perkhidmatan Internet di Cameron Highlands supaya rakyat negeri Pahang terus maju dan sentiasa terbela. 

Dalam ucapannya, beliau turut menerangkan berkenaan #PahangGo dan Unit Komunikasi Dan Media Pahang (UKOMP) yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri. PahangGo kini telah berjaya meraih kutipan kasar melebihi RM800,000 sebulan dan menyasarkan lebih 500,000 pengguna pada tahun hadapan manakala UKOMP pula kini menjadi saluran berita penting kerajaan negeri kepada seluruh kepimpinan dan rakyat di negeri ini.

Bagi memastikan liputan telekomunikasi serta Internet yang lebih baik, kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), syarikat Telco dan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands perlu dipertingkatkan. Semua pihak perlu sentiasa turun padang menyelami masalah rakyat dan berusaha menyelesaikannya sebaik mungkin.

Hadir sama, Pegawai Daerah Cameron Highlands, Dato' Ishak Md Napis, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Pahang, Tuan Haji Zahari Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif PahangGo Sdn Bhd, Encik Affandi Mohd Isa dan Ketua Unit UKOMP, Encik Zulkhairil Zainuddin.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 9 kali.


Kembali ke Atas