Berita

Cameron Night Run 2020

~MM

TANAH RATA, 20 Februari 2020 - Penganjuran edisi kedua CAMRUN disambut meriah dengan kehadiran pelari-pelari yang mengambil bahagian dalam larian sejauh 5KM, 10KM dan 21KM atau half marathon. Uniknya edisi kali ini diadakan pada 20 Februari 2020 atau 20-02-2020. Acara ini bermula jam 12 tengah malam di mana para pelari  merasai kesejukan angin malam dari Tanah Tinggi Cameron.

Pastinya dengan kedinginan malam menjadikan cabaran kepada semua peserta untuk menghabiskan larian masing-masing. Namun dengan kesungguhan dan semangat yang tinggi, acara ini berjaya disempurnakan. Tahniah kepada semua peserta.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 10 kali.


Kembali ke Atas