Berita

Bertugas di Aidilfitri demi negara

~MM

RINGLET, 24 Mei 2020 - Demi negara, sebahagian besar petugas barisan hadapan perlu bertugas pada 1 Syawal atau Hari Raya Pertama Aidilfitri. Pastinya suasana norma baharu ini menciptakan suatu kelainan kepada semua umat Islam ketika seluruh dunia sedang memerangi penularan wabak Covid-19. 

Bagi menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan, pagi ini Pegawai Daerah Cameron Highlands, Dato' Ishak Md Napis  meluangkan masa menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada petugas yang menjaga sempadan negeri. Beliau turut meninjau kawasan penempatan kuarantin Covid-19 serta balai polis berhampiran.

Turut sama, Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands dan Ketua Polis Daerah Cameron Highlands.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 8 kali.


Kembali ke Atas