Berita

Budi disanjung, jasa dikenang

Budi disanjung, jasa dikenang

​TANAH RATA, 8 Januari 2021 - Majlis Budi Disanjung, Jasa Dikenang telah diadakan pada pagi ini bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada sembilan (9) orang kakitangan yang bertukar pada tahun 2020.
100 juta pokok @ Pahang

100 juta pokok @ Pahang

CAMERON HIGHLANDS, 31 Disember 2020 - Kerajaan Pahang menyasarkan kutipan hasil hutan di negeri ini dapat ditingkatkan kepada RM160 juta pada tahun ini. Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rodsy Wan Ismail berkata bagi tahun 2020, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah berjaya mengutip hasil sebanyak RM137.6 juta.
Seni landskap keindahan jabatan

Seni landskap keindahan jabatan

TANAH RATA, ​14 Disember 2020 - Bengkel Pengurusan Landskap Jabatan diadakan selama dua hari bermula 14 hingga 15 Disember 2020 di mana peserta melibatkan Pembantu Operasi. Bengkel yang diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands disampaikan oleh En Ahmad Rani dari Pejabat Pertanian Daerah Jerantut dapat menambahkan ilmu kemahiran seni landskap untuk ditambahbaik di jabatan ini.
MB serah kunci Rumah Rakyat Pahang

MB serah kunci Rumah Rakyat Pahang

KAMPUNG MENSON, 3 Disember 2020 - YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail pagi ini telah hadir merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) daerah Cameron Highlands. Dalam majlis tersebut, beliau telah menyampaikan replika kunci rumah kepada tiga orang penerima penduduk kampung tersebut seterusnya meluangkan masa melawat rumah yang telah siap dibina itu.
Budaya gotong royong terus menjadi amalan

Budaya gotong royong terus menjadi amalan

​RINGLET, 11 November 2020 - Gabungan kerjasama penduduk dan agensi kerajaan merealisasikan program Gotong-Royong Membersihkan Balai Penghulu Mukim Ringlet di sini, hari ini. Menerusi program itu, penduduk bersama kakitangan agensi kerajaan membersih kawasan balai penghulu, longkang dan mencantas pokok serta menyaksikan budaya gotong-royong terus subur dalam kalangan masyarakat di peringkat komuniti, sekali gus mengeratkan hubungan sesama mereka.
Internet, liputan telekomunikasi dipertingkat

Internet, liputan telekomunikasi dipertingkat

TANAH RATA, 27 Oktober 2020 - Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah Cameron Highlands hari ini turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Dato' Fakhruddin Ariff dalam membentangkan penambahbaikan liputan telekomunikasi dan perkhidmatan Internet di Cameron Highlands supaya rakyat negeri Pahang terus maju dan sentiasa terbela.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 378 kali.


Kembali ke Atas