Artikel

Sumbangan Kepada Warga Emas Cameron Highlands

Lembah Bertam, 17 April - Satu majlis penyampaian sumbangan kepada warga emas berumur 70 tahun dan ke atas sempena Tahun Baru Cina 2015 telah diadakan di Cameron Highlands. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dato' Sri' Wan Rosdy bin Wan Ismail, ADUN Kawasan Jelai. 

Majlis penyampaian sumbangan ini turut diadakan menerusi dua sesi iaitu sesi pagi di Dewan Serbaguna Lembah Bertam sementara sesi petang di Dewan serbaguna SJK (C) Brinchang. Seramai hampir 600 orang warga emas di Cameron Highlands tersenarai untuk menerima bantuan sumbangan tersebut.