Langgani Newsletter Kami

Berita Terkini


Patuhi SOP Ketika Berurusan di Permis Awam

Patuhi SOP Ketika Berurusan di Permis Awam

Mulai 1 Ogos ini, pelitup muka wajib dipakai dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak atau tumpuan umum. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu diambil berikutan penambahan kluster-kluster jangkitan COVID19 baharu yang dikenal pasti, selain atas nasihat Kementerian Kesihatan.
Mujur Sempat Kejutkan Anak

Mujur Sempat Kejutkan Anak

JERANTUT, 04 Ogos 2020 - Tindakan pantas bapa mengejutkan anaknya yang sedang tidur di bilik belakang ketika rumah mereka terbakar berjaya menyelamatkan nyawa lelaki itu dalam kejadian di Taman Perumahan Kos Rendah Peringkat 3 dan 4 di sini awal pagi semalam.
Program Agihan Daging Korban Anjuran Kelab Sinar Gemilang

Program Agihan Daging Korban Anjuran Kelab Sinar Gemilang

Temerloh, 3 Ogos 2020-Satu program pengagihan daging korban telah diadakan pada hari Isnin yang lalu di perkarangan kantin Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Disebabkan jabatan ini tertakluk di bawah Perintah Kawalan Pergerakan maka program ibadah korban secara bergotong-royong ditukarkan kepada program pengagihan daging korban sahaja. Kakitangan telah menghantar wakil setiap unit untuk hadir mengambil daging korabn tersebut. Ribuan terima kasih diucapkan kepada AJK Kelab Sinar Gemilang kerana telah mengadakan program ini dengan jayanya walaupun masih di dalam Perintah Kawalan Pergerakan.
Daulat Tuanku

Daulat Tuanku

KUANTAN, 30 Julai 2020 - Merafak sembah dalam menyembahkan ucapan tahniah ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Sultan dan Raja Pemerintah bagi Negeri Pahang Darul Makmur serta segala jajahan takluknya sempena memuliakan Hari Ulang Tahun Keputeraan Yang Ke-61.


Kembali ke Atas