Artikel

Merdeka 57 - Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

CAMERON HIGHLANDS, 31 Ogos - Sambutan Hari Kemerdekaan kali ke 57 telah diadakan secara meriah bertempat di Padang Awam, Majlis Daerah Cameron Highlands, Tanah Rata. Acara dimulai seawal 7.30 pagi dengan semua kontinjen dan orang awam berhimpun di Padang Awam. Acara sambutan ini telah dirasmikan oleh YH. Dato' A. Rahman bin Hamzah, Pegawai Daerah Cameron Highlands selaku Perasmi Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan. Majlis ini turut disertakan dengan persembahan pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Lembah Bertam.

Diakhir program ini, penyampaian hadiah telah diberikan kepada semua para pemenang.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

1) Perbarisan dan Perhimpunan (Kategori Badan Kerajaan)

Pertama - Gabungan Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengaliran dan Saliran, Jabatan Meteorologi dan Pejabat Hutan

Kedua - Jabatan Kerja Raya

Ketiga - Pejabat Pelajaran

 

2) Perbarisan dan Perhimpunan (Kategori Swasta / NGO)

Pertama - PERKEP

Kedua - Jabatan Alam Flora dan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

Ketiga - JKKK(B) Ringlet

 

3) Perbarisan dan Perhimpunan (Kategori Sekolah Menengah) - Kadet Polis Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah

 

4) Perbarisan dan Perhimpunan (Kategori Sekolah Rendah) - Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Tanah Rata

 

5) Pertandingan Mencipta Placard

Pertama - PERKEP

Kedua - Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Tanah Rata

Ketiga - Gabungan Pengurusan Air Pahang dan Tenaga Nasional Berhad

 

6) Pertandingan Mencipta Sepanduk

Pertama - Gabungan Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengaliran dan Saliran, Jabatan Meteorologi dan Pejabat Hutan

Kedua - PERKEP

Ketiga - Pejabat Pelajaran

 

7) Pakaian Terbaik - PERKEP

 

8) Pasukan Keseluruhan Terbaik - PERKEP