Artikel

Soalan Lazim

1. Bolehkah bayaran cukai tanah dibuat di daerah-daerah lain?
    Cukai tanah boleh dibuat di semua daerah dalam Negeri Pahang atau pembayaran secara online
 
2. Apakah dokumen sokongan yang perlu disertakan semasa mengemukakan Urusan Suratcara  Pindah Milik Tanah?
     i) Borang 14A asal yang telah lengkap serta telahpun dibayar duti setem
    ii) Resit cukai tanah
   iii) Hakmilik DHKK asal
   iv) Surat kebenaran pemilik
   v) Sijil setem (LHDN) dan Notis Taksiran pemilik tanah
 
3. Apakah dokumen sokongan yang perlu disertakan semasa mengemukakan Urusan Permohonan Menggadai?
    i) Borang 16A asal yang telah lengkap serta telahpun dibayar duti setem
    ii) Resit cukai tanah
   iii) Hakmilik DHKK asal
   iv) Surat kebenaran menggadai
   v) Sijil setem (LHDN) dan Notis Taksiran pemilik tanah
 
4. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan Lesen Pendudukan Sementara (LPS)?
    i) Satu salinan 'Borang Permohonan' yang lengkap diisi
   ii) Satu salinan pelan tapak
 
5. Apakah dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan untuk permohonan ubah syarat?
    Borang permohonan tukar syarat nyata di bawah KTN Akta 56/1995 (Seksyen 124 KTN 56/65)
 
6. Apakah dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada Pentadbir Tanah semasa membuat permohonan pecah    sempadan (9A) / pecah bahagian (9B) dan cantuman (9C) tanah oleh juruukur?
    i) 20 pelan pra-hitungan yang diluluskan oleh Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH)
   ii) 3 salinan Borang 9A yang lengkap diisi
  iii) Salinan hakmilik asal
  iv) Sijil Carian Rasmi
  v) Salinan Resit Hasil Tahunan semasa
  
7. Apakah dokumen sokongan yang perlu disertakan semasa mengemukakan permohonan pemberimilikan tanah kerajaan? 
   i) Salinan kad pengenalan pemohon dan isteri
  ii) Bayaran wang proses bergantung kepada keluasan tanah dipohon
       - Kurang daripada 4 hektar - RM 10.00
       - 4 hektar hingga 20 hektar - RM 100.00
       - Lebih daripada 20 hektar hingga 40 hektar - RM 250.00
       - Lebih daripada 40 hektar hingga 100 hektar - RM 500.00
       - Lebih daripada 100 hektar - RM 1,000.00