My Beautiful Malaysia Day 2013 Peringkat Daerah Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS, 3 Februari - Hampir 3,500 orang penduduk Cameron Highlands telah sama-sama memeriahkan Program "My Beautiful Malaysia Day" 2013 peringkat daerah Cameron Highlands. Program ini diadakan seawal jam 7.30 pagi dengan semua peserta berkumpul di Tempat Letak Kereta, Majlis Daerah Cameron Highlands. 

Acara seterusnya ialah aktiviti senamrobik diikuti nyanyian Lagu IM4U oleh pasukan koir gabungan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands, Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands dan Hospital Sultanah Hajjah Kalsom. Program ini turut dihadiri oleh semua ketua-ketua jabatan, kanak-kanak sekolah, para pelajar, NGO dan penduduk setempat. Antara tetamu kenamaan yang turut hadir ialah Dato' Haji Ahmad bin Haji Daud, Pegawai Daerah Cameron Highlands, Dato' Ho Yip Kap, ADUN Tanah Rata dan Dato' Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, ADUN Jelai. 

Program My Beautiful Malaysia Day ini turut mengadakan aktiviti gotong royong di kawasan Tanah Rata. Semua peserta yang mengambil bahagian di dalam program ini memberikan sokongan dan kerjasama serta respon yang positif di dalam keceriaan bandar. Peserta juga turut disajikan dengan menu istimewa serta hadiah yang menarik dalam cabutan bertuah.