Malam Menggamit Memori

 

Malam Menggamit Memori Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands telah diadakan pada 8 Oktober 2012 bertempat di Hotel Century Pines Resort, Tanah Rata sempena meraikan persaraan dan pertukaran pegawai dan kakitangan di jabatan ini. Majlis ini turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011.

Pegawai yang telah bersara ialah Encik Alauddin b Abdullah Hashim. Dilahirkan pada 18 Julai 1954 dan mula berkhidmat di sektor awam pada 2 September 1975. Beliau berkhidmat sebagai Ketua Pembantu Tadbir N22 di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands pada 1 Disember 2006.

Sementara, En Abu Bakar b Yet dilahirkan 10 September 1954, dan mula berkhidmat dalam jabatan kerajaan pada 1 Mac 1977. Beliau mula bertugas di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands pada 1 Mac 1981 dan merupakan seorang Pelukis Pelan.

Manakala, pegawai yang bertukar ialah En Azlan b Yaman dan mula berkhidmat di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands pada 25 November 2002 sebagai Penolong Pegawai Daerah (Tanah). Seterusnya, beliau dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) dan bertugas di jabatan ini. Kini beliau menjawat jawatan Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah) M52 dan bertukar ke Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh pada 24 September 2012.