Kursus Penataran Bahasa Melayu Untuk Penjawat Awam

CAMERON HIGHLANDS, 6 November - Seramai 25 orang pegwai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands telah menghadiri Kursus Penataran Bahasa Melayu Untuk Penjawat Awam bertempat di Dewan Seminar, Kelab Golf Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata. Kursus yang telah diadakan selama 3 hari ini adalah kerjasama gabungan antara Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

 

Kursus ini telah disampaikan oleh Puan Habibah Mohd Samin, Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka. Objektif kursus ini diadakan untuk menyebarluas penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dan betul dalam kalangan kakitangan jabatan-jabatan di sektor awam dan memantapkan keprihatinan dan kecintaan terhadap Bahasa Melayu dalam jiwa kakitangan awam.