Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2012

CAMERON HIGHLANDS, 8 November - Perpustakaan Awam Daerah Cameron Highlands telah mengadakan Program Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia sempena Bulan Bahasa dan Siri Jelajah U-Pustaka 2012 bertempat di Perpustakaan Awam Daerah Cameron Highlands. Sambutan ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Ho Yip Kap, ADUN kawasan Tanah Rata, Cameron Highlands. Seramai 280 orang kanak-kanak yang terdiri daripada murid sekolah di sekitar Cameron Highlands telah menghadiri program tersebut. Program ini juga turut dihadiri oleh dif-dif jemputan termasuk Ketua-Ketua Jabatan samada awan mahupun swasta serta badan-badan NGO.

 

Majlis yang disambut dengan penuh meriah ini dimulakan seawal jam 11.00 pagi. Pelbagai acara yang menarik telah disediakan oleh pihak pengajur kepada semua tetamu yang hadir.