Perutusan Pegawai Daerah

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan penuh rasa kesyukuran, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang yang telah memberi peluang kepada Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands untuk turut serta dalam penyediaan Portal Kerajaan Negeri ini.

Penyediaan portal ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberi manfaat kepada pelanggan mahupun agensi-agensi kerajaan sendiri khususnya dalam konteks menyokong pencapaian matlamat Kerajaan Elektronik. Sesungguhnya usaha-usaha ke arah memanfaatkan Teknologi Internet melalui penggunaan laman web amatlah penting dalam proses perekayasan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan di jabatan ini. Melalui proses ini perolehan maklumat dan perkhidmatan dalam talian dapat disediakan dengan lebih cekap.

Perkembangan semasa dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menawarkan ruang yamg luas bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan penyebaran maklumat. Melalui portal ini, ianya diharapkan akan menjadi saluran dan sumber rujukan yang berguna kepada pelanggan bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan pelbagai perkhidmatan yang dikendalikan oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Cameron Highlands.

Selamat melayari Portal Pejabat Daerah Dan Tanah Cameron Highlands. Sekian.

 

DATO' HAJI ISHAK BIN MD NAPIS, DIMP., PMP., ACM., PPT.,

Pegawai Daerah Cameron Highlands