Unit Pentadbiran dan Kewangan

Seksyen Pengurusan Sumber Manusia

  • Urusan pengambilan, latihan dan pembangunan pegawai, persaraan, peperiksaan, cuti, tatatertib, pengesahan jawatan, pemberian taraf berpencen, penilaian prestasi, pelepasan dan perletakan jawatan, permohonan pertukaran, perlanjutan tempoh percubaan, pengisytiharan harta, penanggungan kerja.

Seksyen Kewangan dan Hasil

  • Urusan penyediaan anggaran belanjawan mengurus tahunan, gaji, elaun, menyelenggara dan mengemaskini buku daftar bil, mengendalikan pembelian dan bayaran, menyelenggarakan panjar wang runcit, deposit, pembelian barang-barang dan alat kelengkapan pejabat, tabung amanah pelancongan daerah, akauntibiliti, kutipan bayaran sewa Perumahan Awam Kos Rendah Kerajan (PAKR), bantuan penjaja kecil, jualan borang SPA 2 dan borang PAKR/swasta, lesen arak, cukai taman hiburan, bayaran perkhidmatan akuan sumpah serta memungut duti setem.

Seksyen Perkhidmatan Am

  • Urusan pendaftaran surat/surat-surat sulit, pendaftaran fail, penghantaran surat menyurat dalaman dan luaran, penyelenggaraan alat-alat kelengkapan pejabat, perkhidmatan sokongan pengangkutan, perkhidmatan telefon, keselamatan dan kebersihan pejabat, penggunaan kad perakam waktu, penyelenggaraan kenderaan pejabat, urusetia mesyuarat, pilihanraya, lesen dan kemudahan kepada orang ramai.