LAMAN UTAMA

Kempen Pengibaran Jalur Gemilang

CAMERON HIGHLAND, 19 Ogos - 'MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' adalah tema Hari Kemerdekaan yang ke 57 dan sempena menyambut hari yang penuh bersejarah itu, Kempen Pengibaran Jalur Gemilang peringkat daerah Cameron Highlands telah diadakan di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands pada 18 Ogos 2014.

Upacara dimulakan dengan menaikkan Jalur Gemilang diiringi Lagu Negaraku, Jalur Gemilang dan Lahirnya Sebuah Cinta. Seterusnya, bacaan doa oleh Ustaz Mohammad Asri bin Abdul Rahim, Timbalan Qadhi daerah Cameron Highlands disusuli ucapan perasmian oleh Tuan Ali Sadikin bin Sadin, Ketua Penolong Pegawai Daerah.

Acara kemuncak adalah penyampian Jalur Gemilang kepada Jabatan - Jabatan Kerajaan dan Jawatankuasa Kemajuan Kampung Baru /JKKK(B) dan diakhiri dengan upacara melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan awam.

1 Malaysia    My Government    MyGov Mobile    Biro Pengaduan Awam   Institut Integrasi Malaysia   Jabatan Perkhidmatan Awam   Ketua Setiausaha Negara Malaysia   MAMPU   Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan   Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia   Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia