LAMAN UTAMA

Majlis Penyampaian Baucer BR1M

CAMERON HIGHLANDS, 7 Mac - Seramai 2173 orang penerima Baucer Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang telah menerima baucer tersebut. Majlis telah diadakan di dua tempat yang berasingan iaitu di Dewan Serbaguna Puncak Arabella, Tanah Rata dan Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (C) Brinchang. 

Seramai 1031 orang telah menerima sebanyak RM 650 kategori isi rumah pendapatan kurang daripada RM 3,000 dan kategori warga emas sementara isi rumah yang berpendapatan melebihi RM 3,000 dan kurang daripada RM 4,000 menerima sebanyak RM 450. Golongan bujang turut mendapat Bantuan Rakyat 1 Malaysia ini sebanyak RM 300 bagi kategori pendapatan kurang daripada RM 2,000.

Baucer Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) ini turut disampaikan oleh Datuk Seri G. Palanivel, Ahli Parlimen Cameron Highlands merangkap Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

1 Malaysia    My Government    MyGov Mobile    Biro Pengaduan Awam   Institut Integrasi Malaysia   Jabatan Perkhidmatan Awam   Ketua Setiausaha Negara Malaysia   MAMPU   Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan   Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia   Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia