LAMAN UTAMA

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS, 26 Feb - Pejabat Agama Islam Daerah Cameron Highlands dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands dan Majlis Daerah Cameron Highlands telah menganjurkan Majlis Tilawah Al - Quran Peringkat Daerah Cameron Highlands 1435H/2014M bertempat di Dewan Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron Highlands. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dato' Haji Ahmad bin Haji Daud, Pegawai Daerah Cameron Highlands.

 

Seramai 14 orang qari dan qariah telah memperdengarkan bacaan masing-masing. Johan Qari dimenangi oleh En. Ahmad Fauzi bin Lebai Din sementara johan Qariah disandang oleh Puan Lindawati binti Razali. Kedua-dua johan Qari dan Qariah ini akan mewakili daerah Cameron Highlands ke Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Pahang. 

1 Malaysia    My Government    MyGov Mobile    Biro Pengaduan Awam   Institut Integrasi Malaysia   Jabatan Perkhidmatan Awam   Ketua Setiausaha Negara Malaysia   MAMPU   Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan   Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia   Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia