LAMAN UTAMA

Kursus Pengurusan Aset Alih Jabatan

CAMERON HIGHLANDS, 21 Feb - Unit Pengurusan Aset, Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands telah menganjurkan satu Kursus Pengurusan Aset Alih Jabatan dan telah dihadiri oleh semua ketua-ketua unit serta Penolong Pegawai Tanah. Taklimat untuk kursus tersebut telah disampaikan oleh En Mohd Zaidi bin Awang, Penolong Pegawai Daerah (KP), Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands.

 

Objektif kursus ini diadakan bagi meningkatkan kefahaman kakitangan terutamanya yang terlibat langsung dalam pengurusan dan penggunaan aset-aset jabatan. Disamping itu, isu kelemahan pengurusan aset alih kerajaan sering dibangkitkan dalam laporan Ketua Audit Negara. Bagi menangani masalah tersebut dan mengambil kira perkembangan semasa maka semua peraturan berkaitan pengurusan aset alih kerajaan telah dikaji semula, dikemaskini, diseragam dan digabungkan dalam satu tatacara pengurusan aset alih kerajaan yang menyeluruh.

1 Malaysia    My Government    MyGov Mobile    Biro Pengaduan Awam   Institut Integrasi Malaysia   Jabatan Perkhidmatan Awam   Ketua Setiausaha Negara Malaysia   MAMPU   Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan   Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia   Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia