LAMAN UTAMA

Seminar Pengukuhan Integriti Daerah Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS, 4 Feb - Institut Integriti Malaysia dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands telah menganjurkan Seminar Pengukuhan Integriti Pengerusi dan Setiausaha JKKK daerah Cameron Highlands pada 4 Februari 2014 bertempat di Dewan Serbaguna, Puncak Arabella, Cameron Highlands.

Hampir 80 orang peserta telah menyertai seminar tersebut termasuk semua Pengerusi dan Setiausaha JKKK di dalam daerah Cameron Highlands, jabatan kerajaan dan pertubuhan NGO. Objektif seminar ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi penerangan kepada ketua-ketua kampung di peringkat akar umbi akan agenda pembudayaan integriti negara melalui PIN.

Ianya juga adalah bagi menerangkan kepada pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi akan peranan penting yang boleh dimainkan oleh mereka di dalam membantu negara membudayakan integriti masyarakat Malaysia.

Seminar yang dianjurkan seawal jam 8 pagi ini berakhir pada jam 2 petang. Antara penceramah yang hadir adalah Encik Anuar bin Ahmad, Krtua Penolong Pengarah Sektor Sosiobudaya, IIM dan Prof. Dr. Sabirin bin Ja'afar, Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia.

1 Malaysia    My Government    MyGov Mobile    Biro Pengaduan Awam   Institut Integrasi Malaysia   Jabatan Perkhidmatan Awam   Ketua Setiausaha Negara Malaysia   MAMPU   Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan   Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia   Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia