LAMAN UTAMA

Malam Bingkisan Nostalgia PDTCH

IPOH, 19 Januari - Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands dengan kerjasama Kelab Pedata Titiwangsa telah mengadakan Majlis Malam Bingkisan Nostalgia di Hotel Heritage Ipoh. Majlis yang hadiri lebih 200 orang termasuk Pegawai Daerah Cameron Highlands, Dato' Haji Ahmad bin Haji Daud, pegawai dan kakitangan beserta keluarga disambut dengan penuh meriah dan berwarna-warni.

 

Majlis ini diadakan sempena meraikan pertukaran 6 orang kakitangan di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands yang telah  bertukar ke jabatan lain. Pegawai yang bertukar ialah Tuan Haji Mohd Isa bin Awang Chik, Ketua Penolong Pegawai Daerah bertukar ke Jabatan Kerja Raya Pahang, Puan Hasni bt Ab Rahman, Ketua Pembantu Tadbir bertukar ke Pejabat Hutan Raub dan Cameron Highlands, En Sharuddin bin Idris, Ketua Pembantu Tadbir bertukar ke Jabatan Kerja Raya Lipis.

Selain itu, En Nazari bin Ibrahim, Ketua Pembantu Tadbir bertukar ke Pejabat Daerah dan Tanah Lipis, En Muhammad  Nazir bin Ibrahim, Ketua Pembantu Tadbir dan En Mustaffa bin Abu Bakar, Pembantu Tadbir. Kedua-duanya bertukar ke Jabatan Kerja Raya Cameron Highlands.

Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands merakamkan setinggi-tingi penghargaan dan terima kasih di atas segala sumbangan dan komitmen kalian selama berkhidmat di sini. 


Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

 

1 Malaysia    My Government    MyGov Mobile    Biro Pengaduan Awam   Institut Integrasi Malaysia   Jabatan Perkhidmatan Awam   Ketua Setiausaha Negara Malaysia   MAMPU   Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan   Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia   Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia