LAMAN UTAMA

Lawatan dari Pejabat Daerah Batu Pahat

CAMERON HIGHLANDS, 3 Disember - Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands telah menerima kunjungan seramai 55 orang pegawai dan kakitangan dari Pejabat Daerah Batu Pahat, Johor. Lawatan kerja ini yang diketuai oleh Tuan Haji Abd Wahab b Ridzwan, Pegawai Daerah Batu Pahat dari 2 hingga 4 Disember 2012.

Salah satu daripada destinasi lawatan tersebut adalah berkunjung ke Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands bagi mendengar taklimat berkaitan Pembangunan di Cameron Highlands. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Nurulhuda bt Mohammad Yusof, Penolong Pegawai Daerah dari Unit Pelupusan Tanah, Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands. Di akhir sesi, pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah Batu Pahat telah dibawa melawat di sekitar tempat menarik di Cameron Highlands seperti Ladang Teh Boh Sungai Palas, S Corner dan Big Red Strawberry Farm oleh urusetia Unit Majlis dan Keraian, Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands.

Apa yang kurang dicaci jangan
Ilmu yang baik jadikan panduan
Selepas ini jangan serik untuk datang
Kami sentiasa menanti kunjungan.

1 Malaysia    My Government    MyGov Mobile    Biro Pengaduan Awam   Institut Integrasi Malaysia   Jabatan Perkhidmatan Awam   Ketua Setiausaha Negara Malaysia   MAMPU   Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan   Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia   Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia