LAMAN UTAMA

Tahniah Penerima APC 2014

Tanah Rata, 4 Sept - Seramai 9 orang termasuk pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands telah dipilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014. Sijil telah disampaikan oleh En. Mokhzani bin Mohamed, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan). Penerima tahun 2014 didahului oleh En. Mohd Zaidi bin Awang, Pn. Siti Khatijah binti Kadimon, En. Ishasruddin bin Ismail, En. Azman bin Mazron, Pn. Roslina binti Abd Rahim, En. Dzulkefli bin Daud, En Mohd Rosdi bin Jamaluddin, En. Nadarajan a/l N.V Nadaraj dan En Mohammad Firdaus bin Omar.

 

Sementara itu, jabatan ini turut memperkenalkan Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan bagi menghargai para pekerja yang telah mempamerkan kerja yang cemerlang serta komitmen yang tinggi kepada jabatan. En. Ramadan bin Mustafar dan En. Mohammad Firdaus bin Shahrom telah diundi oleh para pekerja untuk menerima Anugerah Pekerja Terbaik Sukuan II. Anugerah ini dipilih melalui sistem undian di laman web jabatan. Tahniah kepada semua kakitangan yang telah menunjukkan prestasi kerja cemerlang.

1 Malaysia    My Government    MyGov Mobile    Biro Pengaduan Awam   Institut Integrasi Malaysia   Jabatan Perkhidmatan Awam   Ketua Setiausaha Negara Malaysia   MAMPU   Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan   Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia   Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia