LAMAN UTAMA

Sehati Sejiwa 58 Tahun Kemerdekaan

TANAH RATA, 31 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan dengan bertemakan Sehati Sejiwa telah disambut dengan suasana penuh meriah di Padang Awam Majlis Daerah Cameron Highlands. Majlis ini dihadiri lebih 300 orang tetamu termasuk ketua-ketua jabatan daerah, ahli-ahli kontinjen dan orang awam. Sambutan ini dimula seawal jam 7.30 pagi dengan kehadiran Dato'. A.Rahman bin Hamzah, Pegawai Daerah Cameron Highlands.

 

Pelbagai acara warna warni diadakan sekitar majlis sambutan termasuk persembahan tarian dan pancaragam daripada pelajar-pelajar sekolah di Cameron Highlands. Di akhir majlis ini disampaikan hadiah kepada para pemenang iaitu Pertandingan Keceriaan Kontijen, Placard Terbaik dan Sepanduk Terbaik. PUSPANITA Daerah Cameron Highlands yang julung kalinya menyertai perbarisan ini telah menggondol 2 kejuaraan iaitu Keceriaan Kontinjen dan Placard Terbaik sementara kontinjen Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands menjuarai kategori Sepanduk Terbaik. 

Tahniah kepada para pemenang

1 Malaysia    My Government    MyGov Mobile    Biro Pengaduan Awam   Institut Integrasi Malaysia   Jabatan Perkhidmatan Awam   Ketua Setiausaha Negara Malaysia   MAMPU   Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan   Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia   Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia