Arkib Pengumuman

Program Engagement Bersama Pekebun-Pekebun Cameron Highlands

Sebagai salah satu langkah ke arah penghijauan semula Cameron Highlands, Program Engagement Bersama Pekebun-Pekebun akan diadakan pada 3 Mei 2018 (Khamis) bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Raja, Cameron Highlands. Program ini dijangka dapat mengumpulkan seramai 200 orang pemegang Lesen Pendudukan Sementara (LPS) di daerah ini. Pelbagai agensi kerajaan turut serta dalam menjayakan Program Jiwa Murni ini termasuklah Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Alam Sekitar, Badan Kawal Selia Air Negeri Pahang, Jabatan Pertanian, Jabatan Imigresen, Jabatan Mineral & Geosains, Jabatan Pengaliran dan Saliran dan Jabatan Perhutanan.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 30 kali.


Kembali ke Atas