Pengumuman

Mossy Forest Ditutup Sehingga 25 September 2020

Dimaklumkan bahawa Taman Eko-Rimba Mossy Forest dan aktiviti pendakian Gunung Irau, Daerah Cameron Highlands akan ditutup sementara kepada semua pengunjung mulai 10 Ogos hingga 25 September 2020.

Penutupan sementara ini adalah berikutan kerja-kerja penyelenggaraan jalan yang sedang dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya Cameron Highlands. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 15 kali.


Kembali ke Atas